Saturday, October 10, 2015

Tanda kiamat yang belum pernah muncul

Setelah munculnya tanda-tanda kecil hari kiamat, yakni ada yang sudah hilang dan ada yang masih berkekalan dan muncul lagi tanda-tanda kecil lainnya, maka sampailah manusia melihat munculnya tanda besar, iaitu dengan munculnya Imam Mahdi. Apabila Imam Mahdi sudah turun, tidak lama lagi akan terjadilah kiamat.

Imam Mahdi nanti akan mentadbir dunia ini sampai munculnya dajjal yang membawa fitnah besar dan kerosakan. Fitnah dan keburukan yang dibawa oleh Dajjal adalah yang terburuk sepanjang sejarah. Dajjal akan berkuasa di dunia ini sampai turun Isa a.s. Nabi Isalah nanti yang akan membunuh dajjal itu. Pada zaman pemerintahan Isa Al Masih nanti orang kembali berduyun-duyun memasuki agama Allah. Nabi Isa a.s akan memimpin dunia ini dengan sistem pemerintahan Islam yang adil dan bersih. Ketika itu masyarakat dunia dalam keadaan aman, tenteram dan makmur.

Dalam keadaan demikian, tiba-tiba masyarakat dunia digemparkan oleh Yakjuj dan Makjuj. Yakjuj dan Makjuj membawa kerosakan dan ceritanya akan diterangkan dalam pembahasan khusus nanti. Yakjuj dan Makjuj itu tidak lama bertahan di dunia, mereka semua mati berkat doa Nabi Isa a.s. Setelah emreka mati, dunia kembali tenang dan makmur. Keadaan seperti itu tetap bertahan sehingga Nabi Isa a.s wafat.

Tanda-tanda besar lainnya yang akan terjadi ialah hancurnya Ka'bah, keluarnya barang-barang simpanannya, terbit matahari dari tempat terbenamnya, keluar binatang dari bumi, keluar asap, datang angin mencabut roh orang-orang mukmin, diangkat Quran ke langit, dan yang terakhir ada api yang akan menghalau manusia ke tempat perkumpulan mereka (negeri Syam). Kemudian mulalah ditiupkan sangkakala untuk mematikan dan yang terakhir sangkakala untuk membangkitkan manusia dari kubur.

Tanda-Tanda Kecil Kiamat

Tanda2 Kecil..

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda :

"Sebelum terjadi kiamat banyak penipuan. Pada waktu itu nanti pembohong dianggap orang jujur dan orang jujur dianggap pembohong. Orang yang amanah dianggap tidak amanah dan orang tidak amanah dianggap amanah."

 Ini pun sudah berlaku sekalipun keadannya tidak seburuk ketika turun Dajjal nanti.

Anas bin Malik berkata, 'saya telah mendengar Rasulullah berkata :

"Di antara tanda-tanda hari kiamat ialah diangkat ilmu dan timbul kebodohan, semakin luas perzinaan, meminum minuman keras, kaum lelaki akan ramai yang mati dan tnggallah kaum wanita sehingga menjadilah lima puluh banding satu." 
(H.R Muttafaqun Alaih)

Untuk menguatkan ini marilah kita lihat hadis sahih yang berbunyi:

"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari manusia. Allah SWT mencabut ilmu dengan mencabut (mewafatkan) ulama. Kalau sudah tak ada lagi orang alim, orang akan mengangkat orang jahil sebagai pemimpin. Mereka bertanya kepada orang jahil itu lalu orang jahil itu pun memberi fatwa tanpa ilmu. Maka jadilah mereka itu sesat dan menyesatkan." 

Dalam hadis di atas dikatakan semakin ramai orang yang meminum minuman keras menjelang kiamat. Ini sudah berlaku sekarang. Kalau dahulu orang meminumnya secara sembunyi-sembunyi, sekarang sudah ada tempat-tempat rasmi yang mempunyai lesen untuk meminum minuman keras. Ramai juga yang merasa bangga meminumnya, ditambah lagi hebatnya pengaruh media massa. Jadi ramai orang yang suka meminum minuman keras erana pada mulanya terpengaruh kepada orang lain dan akhirnya ketagihan. di samping itu perusahaan minuman kerass dianggap sebagai usaha yang sangat besar pulangannya terhadap negara. Ini berlaku di beberapa negara, termasuk negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

Rasulullah SAW juga ada bersabda:

"Ada dua golongan yang termasuk ahli neraka yang belum pernah aku lihat erbuatan mereka itu, iaitu kaum yang mempunyai cemeti (cambuk) seperti ekor lembu, lalu mereka memukulkannya kepada manusia, kemudian wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka bergaya mencari perhatian lelaki ajnabi. Kepala mereka itu mirip seperti ponok unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak mencium baunya, kerana wangi syurga itu sudah terasa dari jarak sekian." 
(H.R Muslim)

Orang yang mempunyai cambuk kemudian memukulnya kepada manusia maksudnya orang zalim yang suka menindas orang lemah. Wanita berpakaian tetapi telanjang maksudnya berpakaian tetapi masih nampak auratnya. Keadaan yang belum pernah dilihat oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW itu sudah biasa berlaku zaman kita sekarang ini.

Ada juga diriwayatkan dari Nabi SAW, sebahagian hadis-hadis lain yang terpisah-pisah, yang sekira maksudnya mengatakan bahawa di antara tanda hari kiamat ialah apabila setiap qabilah dipimpin oleh orang-orang munafik, pasar dikuasai oleh orang-orang jahat, apabila mihrab masjid sudah dihias, hati sudah runtuh (rosak) , timbul fitnah, ramai orang makan riba, muncul pelbagai macam nyanyian, ramai orang minum khamar, dihias masjid ditinggkan mimbar.

Tarmizi berkata : "bercerita kepada kami Saleh bin Abdullah yang didengarnya oleh Al-Farj bin Fadhalah, dari Yahya, dari Sa'ad dari Muhammad bin Umar bin Ali, dari Ali bin Abi Talib, katanya Rasulullah SAW bersabda, "Ada 15 perkara apabila dikerjakan oleh umatku, maka mereka ditimba bala iaitu:

1) Harta Ghanimah menjadi milik pemimpin.
2) Barang amanah tidak dikembalikan kepada pemiliknya.
3) Susah orang mengeluarkan zakat.
4) Lelaki mentaati isterinya.
5) Derhaka kepada ibu.
6) Berbakti kepada teman (kepada ibu bapa tidak)
7) Kasar kepada ayah
8) Ditinggikan suara di masjid (bergaduh)
9) Orang hina menjadi pemimpin.
10) Memuliakan seseorang hanya kerana takut kepadanya.
11) Ramai orang minum khamar (arak)
12) Lelaki memakai sutera
13) Diambil wanita untuk menyanyi
14) Semakin banyak peralatan muzik.
15) Orang sekarang mengutuk orang zaman dahulu.

Kemudian Tarmizi berkata : "Hadis ini sebenarnya gharib. Setahu saya tidak ada yang diriwayatkan oleh Ali. Kami tidak tahu ada orang yang meriwayatkan hadis ini dari Yahya bin Sa'id Al-Ansariy kecuali Al-Farj bin Fadhalah.